Monday, February 17, 2014

surat cinta untuk future husband



Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum

“Kehadapan my future husband,

Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menggugat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…”

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba.....Wallahua'lam.

"Dan janganlah engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki.Tetapi Jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiaya sesamanya,itulah Lelaki Sebenarnya"(Saidina Umar AlKhattab ra)
"InshaAllah semoga kita dipertemukan ,lelaki sejati ada di mana-mana untuk wanita sejati "..Kata seorang akh...

"Wahai Wanita mukminah yang bakal menjadi isteri ataupun sudah menjadi isteri...katakanlah pada pada mukmin yang bakal ataupun sudah menikahi mu "Aku mencintaimu kerna Agama Yang ada Padamu,Jika hilang agamu maka hilanglah cintaku padamu...." Nasihat seorang ukhti..

Wallahua'alam..

Rabbana Hablana min azwajina wazurriyatina qurratun a'yun lil muttaqin imama..


No comments: